Thursday, September 22, 2011

Thursday, September 15, 2011

APAKAH ITU PERKAHWINAN SEBAGAI SEORANG ISLAM

PERKAHWINAN merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah S.W.T telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai sunnah para Rasul bagi melahirkan rasa paling cinta, sikap saling bekerjasama dengan kebajikan dan bantu-membantu untuk mendidik keturunan. Perkahwinan merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang dituntut oleh agama Islam untuk dipikul dan dilaksanakan oleh umat Islam.

KELUARGA merupakan institusi yang memainkan peranan penting kepada pembangunan sesebuah masyarakat. Keutuhan sesebuah masyarakat bergantung kepada sejauh mana sistem sesebuah keluarga itu dibentuk, jika baik sesebuah keluarga itu, maka akan baik sesebuah masyarakat tersebut dan begitulah sebaliknya. Perkahwinan adalah proses awal ke arah pembentukan sebuah keluarga. Ia bertujuan untuk menyusun pergaulan antara lelaki dan perempuan supaya pasangan itu dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Akhirnya dapat melahirkan sebuah keluarga yang aman, bahagia dan harmoni sepertimana slogan menyatakan ‘Rumahku Syurgaku`

Monday, September 12, 2011

Tempahan Untuk Membuat Custom Album...

Disini kami juga menerima tempahan untuk membuat custom album dari anda (berbentuk softcopy). sekiranya anda berminat untuk berbuat demikian sila email kami di semutpictures@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan atau terus menghubungi kami di talian yang tertera.
tempahan costum album yang kami buat adalah seperti 8x12,10x12,12x12 dan lain-lain lagi. TQ